Monday 17 March 2008

DAP and Non-Muslims Should Feel Comfortable with PAS's New MB for Perak

Read here article by Syed Imran in Kuda Ranggi blog

LATEST UPDATE from SIN Chew newspaper: Read here in Anil Netto Blog

" ... Perak MB-designate wows Chinese crowd

Perak Menteri Besar-designate Mohammad Nizar Jamaluddin of PAS turned up at the ”What’s Coming Next” political forum held in Ipoh Sunday (16 Mar) and immediately stunned the Chinese crowd by speaking in Mandarin, Hokkien, Cantonese, Tamil, then in English and Malay.

The audience was speechless then gave the PAS leader a rousing applause.

The forum was organized by Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, and Eye Asia held at Dewan Dou Mu in Ipoh at 2pm and attracted 3000 people.

Speakers included PKR national vice-president Dr Lee Boon Chye, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and Sin Chew’s Deputy Chief Editor Tay Tian Yan.

Mohammad Nizar, an accomplished enginneer, was not a speaker but was invited to the forum by Ngeh. (
Sin Chew Daily)



We say,

"We welcome the appointment of Mohamad Nizar Jamaluddin as Menteri Besar of Perak.

YB Mohamad Nizar Jamaluddin should also take heed the same advice of Tunku Abdul Aziz which was given to Penang CM Lim Guan Eng (read HERE). To paraphrase Tunku Abdul Aziz's words:

"Your role as Menteri Besar of Perak is to convince the Chinese and Indians, in particular, that YOUR own ethnicity is purely an accident of birth, but your heart is in the right place...."
We Malaysians want YB Mohamad Nizar Jamaluddin to succeed, and succeed extremely well, to heal the wounds of racial mistrusts and, to leave behind a lasting legacy of a united community of Malaysians in Perak. "
-Malaysian Unplug


Photobucket Menteri Besar Negeri Perak Darul-Ridzuan, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan satu-satunya ketua kerajaan negeri di Malaysia yang boleh bertutur dalam empat bahasa - Inggeris, Cina dan Tamil selain bahasa ibundanya, Melayu.

Jurutera Mekanikal berusia 51 tahun itu juga berpengalaman luas dalam industri pembinaan, kejuruteraan bangunan, penyeliaan dan penyelenggaraan projek-projek besar semasa berkhidmat dengan kerajaan dan kemudian swasta.

Antara projek besar yang dia terlibat secara langsung semasa berkhidmat dengan kerajaan ialah Dayabumi Fasa 2 dan 3 (1983), pembangunan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri (1984), dan pembinaan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985).

Ir. Mohamad Nizar lulus 'A' Level di Norwich City College of Arts and Technology, Norfolk, England dan Sarjana Muda Sains (BSc) Kejuruteraan Mekanikal dari University of Aston, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), kemudian Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA-Daya Urus) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebelum menyertai sektor swasta.

Dalam bidang politik, Ir Mohamad Nizar bergerak cergas dalam Parti Islam (PAS) dan memegang beberapa jawatan termasuk Ketua PAS Kampar, Bendahari PAS Perak dan Setiausaha PAS Perak.

Anak kelahiran Kampung Air Hitam Labu, Kampar itu mendirikan rumah tangga dengan Fatimah binti Taat dan dikurniakan lapan orang anak.

Kehadiran mereka dalam PAS membuktikan bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang kononnya kolot dan dimonopoli oleh Tok-Tok Guru sekolah pondok atau golongan ulama lulusan Al-Azhar dan pusat-pusat pengajian tinggi lain di Mesir, Arab Saudi, Jordan mahupun Pakistan.

PAS adalah sebuah parti politik yang dianggotai dan dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi dalam semua bidang ilmu. Para pemimpin PAS beriltizam tinggi dalam perjuangan mereka dengan berlandaskan Islam sebagai asas perjuangan dan petunjuk ke arah jalan yang benar.
-Syed Imran/"Kuda Ranggi"

RELATED ARTICLE

  • Beware of Racial Provocation in Perak

    Read here for more article by Johari Jaafar

  • "Awasi provokasi yang cuba cetuskan ketegangan kaum di Perak

    ... Rakyat di negeri ini khususnya warga Ipoh dinasihati agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak tertentu yang mengedarkan risalah menggunakan logo PAS dan kenyataan PAS Negeri Perak.

    Risalah yang diedar di merata-rata tempat itu khususnya di taman-taman cuba membuat provokasi dengan meminta orang ramai menyokong kerajaan Islam yang bakal dibentuk nanti.

    Risalah `haram' menyatakan Kerajaan Islam yang dibentuk nanti akan melaksanakan empat perkara, menghapuskan pusat hiburan di seluruh negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik benar-benar stabil.

    Risalah itu juga dilihat sebagai provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negeri ini, malah orang yang menentang kerajaan PAS di Perak disifatjkan sebagai kafir.

    Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad berkata:

    "Risalah yang tersibar ini amat bahaya, ia boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini, sedangkan kerajaan yang dibentuk nanti adalah kerajaan campuran bukan Kerajaan PAS.

    Jelas sekali risalah arahan PAS Perak tidak ada tanda tangan pimpinan PAS Negeri, ini menunjukkan risalah `haram' itu sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dan iri hati dengan kemenangan Barisan Alternatif dan DAP."
    Beliau meminta orang ramai yang menerima risalah tersebut supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat pihak tertentu yang mahu mencetuskan huru-hara di negeri ini.

    Beliau tidak menolak kemungkinan risalah tersebut dicetak dan diedarkan oleh pihak Umno yang mahu menggagalkan pembentukan kerajaan campuran di negeri ini.

    Pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini DAP memenangi 18 kerusi, PKR tujuh kerusi dan PAS enam kerusi, bagi membolehkan pembentukan kerajaan campuran dengan majoriti mudah.

    Selain risalah `haram' yang diedarkan itu, pihak tertentu dipercayai telah mengangkut semua barang dan perkakas dari dewan orang ramai di negeri ini sebaik sahaja mereka mengetahui BN `tumbang' di negeri ini pada 8 Mac lalu.

    Mereka menyifatkan segala barang dan kelengkapan di dalam dewan orang ramai itu adalah milik Umno, sedangkan ia merupakan harta kerajaan.

    Sehubungan itu PAS kawasan atau cawangan atau individu tertentu perlu membuat aduan kepada pihak polis sekiranya perbuatan seperti ini berlaku di kawasan mereka..."
  • The Dirty Hands of UMNO
    Read here for more article by Suhaimi Taib

    Excerpts:
  • "...Saya melihat Malaysia sekarang menuju ke arah satu perubahan baru politik dan ekonomi serta sosial rakyat sekiranya Barisan Alternatif (BA) pandai merancang dasar berkaitan dengannya dengan sempurna dan berkesan.
    Perubahan itu boleh dinamakan reformasi rakyat selepas dasar pemerintahan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan kemelut Malaysia yang didominasi pelbagai kaum dan kecenderungan politik serta budaya hidup mereka selepas 50 tahun negara ditadbir parti itu.

    Umno sendiri gagal memberi keyakinan konkrit bahawa sudah 50 tahun orang Melayu dibangunkan kehidupan mereka dengan keselesaan hidup yang memberangsangkan sedangkan sebenarnya keselesaan hidup itu diberikan kepada golongan elit politik Umno dan kroni kepimpinan tertinggi parti itu.

    Kehidupan orang Melayu sendiri TIDAK berubah di bawah Umno, menjadi manusia yang mudah ditipu berkali-kali dengan janji-janji kosong pemimpin Umno kononnya untuk kemajuan dan pembangunan bangsa Melayu sedangkan realitinya indah khabar dari rupa.

    Orang Melayu akan kaya dan senang sekiranya menjadi pengampu pemimpinnya dan sentiasa memberi sumbangan rasuah bila diperlukan untuk kepentingan politik dan peribadi pemimpin-pemimpin terbabit.

    Sebagai balasannya orang Melayu terbabit biasanya golongan usahawan dan kontraktor binaan, diberi habuan projek melalui tender tertutup yang sudah ditentukan berapa peratus habuan perlu diberikan kepada pemimpin Umno yang meluluskan projek berkenaan.

    Bahkan pemandu kenderaan kerajaan pun menerima habuan itu dari projek terbabit. Saya diberitahu oleh seorang kontraktor Umno dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa terdapat projek tertentu di Terengganu, yang pemimpin tertentu Umno mahukan RM4 juta untuk diluluskan.

    Jika kontraktor berkenaan sanggup memberikan wang sejumlah itu kepada pemimpin itu maka projek berkenaan akan diberikan kepada beliau.

    Ini sebagai satu contoh amalan korupsi bermaharajalela di kalangan pemimpin Umno kononya demi survival politik pemimpin terbabit.

    Amalan inikah yang membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri dan negara? Amalan inikah yang membawa perubahan dan ketamaddunan dalam budaya hidup masyarakat Melayu?

    Budaya kotor ini menjadikan rakyat Melayu tidak berubah dan membiarkan kepincangan pentadbiran politik Umno menghantui kehidupan rakyat di saat orang Melayu sendiri terpinggir dari mengecapi arus kemajuan secara adil sehingga jurang golongan miskin dan kaya dirapatkan.

    Kemelut kepincangan ekonomi dan politik ini juga berlaku di kalangan kaum lain termasuk Cina dan India.

    Taukeh-taukeh Cina di Terengganu ketika ditemui amat jengkel dengan penguasaan projek pembangunan di negeri itu apabila ia dikuasai oleh syarikat-syarikat tertentu sahaja yang ada kaitannya dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar negeri itu yang lalu.

    Begitu juga keadaannya di negeri-negeri lain. Kesedaran rakyat semua kaum dalam hal ini antara lain mendorong mereka membuat perubahan agak besar juga dalam pilihan raya umum yang lalu apabila lima negeri menjadi milik Barisan Alternatif (BA) termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan yang kekal di tangan PAS.

    Sebenarnya, rakyat secara umumnya sudah tidak percaya dengan BN/Umno untuk terus mengurus negara ini kerana banyak bukti lain memperlihatkan kegagalan parti itu memacu negara ke arah lebih baik, adil dan saksama.

    Kemakmuran dan keamanan yang dibina Umno ialah untuk memberi keselesaan yang tidak terhingga kepada kroni-kroni parti itu merompak harta kekayaan rakyat termasuk royalti minyak dan gas Terengganu.

    Tangan kotor pemimpin Umno telah menyebabkan kekayaan negeri itu diselewengkan untuk membina projek yang bukan untuk rakyat termasuk Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Kuala Terengganu, melalui saluran Dana Khas Jabatan Permbanguan Persekutuan.

    Yang kenyang ialah kuncu-kuncu Khairy Jamaluddin dan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar sebelum ini.

    Saya percaya penemuan gas di perut bumi Kelantan juga akan dieksploitasi Umno supaya kerajaan PAS Kelantan berputih mata melihat ianya dibawa keluar dari bumi itu tanpa mengembalikannya kepada negeri dan rakyat negeri itu.

    Ini adalah kerja-kerja terkutuk Umno yang amat dibenci rakyat mungkin dilaksanakan jika arus kesedaran pemimpin parti itu belum pulih sehingga realitinya parti itu tidak akan mengembalikan hasil bumi kepada rakyat negeri itu secara langsung melalui pentadbiran yang sah dipilih rakyat.

    Ancaman di Pulau Pinang pula menunjukkan kedegilan Umno menongkah arus kebangkitan rakyat dengan mengancam serta mendesak Kerajaan Pusat tidak menyalurkan projek pembangunan secara berterusan dipercayai akan memakan diri mereka sendiri apabila rakyat negeri itu akan memulangkan paku buah keras kepada parti itu dalam pilihan raya umum ke-13.

    Ia untuk menyatakan bahawa parti itu bukan bermusuh dengan DAP dan kerajaan Pulau Pinang sahaja tetapi ia bermusuh dengan rakyat negeri itu sendiri.

    Di Terengganu tunjuk perasaan menentang kerajaan boleh memberi kesan sedikit sebanyak kerana ramai di kalangan rakyatnya masih dibelenggu pemikiran beku dan jumud acuan Umno tetapi tidak di Pulau Pinang kerana parti itu bukan dominan penduduk negeri itu yang majoritinya kaum Cina.

    Reformasi rakyat melalui pilihan raya umum ke-12 walaupun tidak sepenuhnya di negara ini sekurang-kurangnya mengajar Umno/BN supaya menjadi parti yang prihatin masalah rakyat bukan biadap terhadap mereka.
  • Special Rights of Malays Already Protected in the Constitution. NEP is UMNO's Creation
    Read here for more article by Tarmizi Mohd Jam

  • Excerpts:

    "... Kebelakangan ini Umno dan media massa yang dimilikinya begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa sebagai pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    Dan tak semena-mena para ahli dan penyokong Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.

    Apakah DEB itu? Mengikut Profesor Dr. AbdulAziz Bari:

    "Sebenarnya DEB itu BUKAN undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi UMNO yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya."

    Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.

    Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.

    Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.

    Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno, maka TIDAK SALAH jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya.

    DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.

    Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.

    Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.

    Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.

    Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.

    "Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi..."

    No comments: