Saturday 21 February 2009

Perak:Usaha Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Berfikiran "Gangster"

Read here for more article by Muhammad Yusri Amin

Tragedi Perak dicetus pemimpin berfikiran 'gangster'

by

Muhammad Yusri Amin

Excerpts:

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

Katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini pagi ini:

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

Jahat. Inilah fikiran gangster.

Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa.

Saya masih bertegas bahawa pilihan raya semula hendaklah diadakan di Perak.

Menteri Besar Ir Nizar sudah pun menyembahkan perkara itu kepada Tuanku (Sultan Perak) supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan."
Mengenai tercetusnya banyak isu yang menimbulkan kontroversi dalam negara kini termasuk krisis Perlembagan di Perak, beliau menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan melepaskan jawatannya.

"Pak Lah dipilih menjadi Presiden (Umno) dan Perdana Menteri Malaysia untuk lima tahun, kenapa dia sanggup berhenti. Kalau Pak Lah (mahu) berhenti kerana bersalah, tidak usaha tangguh hingga Mac, berhentilah segera.

Tapi kalau dia merasa tidak bersalah, kenapa hendak berhenti juga.Di situlah terletaknya kesilapan Pak Lah. Adalah tidak betul apabila sejak awal lagi dia tunduk kepada pihak yang menyuruhnya berhenti.

Itulah puncanya oleh kerana mereka tidak menjaga undang-undang sedangkan undang-undang itu sendiri merupakan titik pertemuan di antara segala kebaikan dan kejahatan.

Yang jahat tidak boleh memberi peluang kepada kejahatannya, manakala yang baik pula tidak boleh ditindas.

Titik pertemuannya ialah undang-undang. Apabila undang-undang itu sendiri dipijak, maka akhirnya menjadi huru-haralah."

1 comment:

Unknown said...

apa pula kata superhero Malaysia, GomoMan tentang isu di Perak. Saksikan aksi GomoMan di...
http://www.youtube.com/watch?v=rl44uRXl_GU