Wednesday 17 June 2009

Tok Guru Nik Aziz Ketuk Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa:"Letak Jawatan dan Keluar Dari PAS"

Read here for more in Malaysiakini



Update

"...Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

Apa buat sampah, menyusahkan.

Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi.

Perkara itu TIDAK pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat..."

-Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat





Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

Beliau berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini:
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan.

Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."
Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, Nik Aziz mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri. "Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

RELATED ARTICLE


Benarkah Ada Penyelewengan dalam Kemenangan Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden?

Amat malang sekali jika benar berlaku sebagaimana yang dilaporkan di sini

Keputusan siapa Timbalan Presiden Pas sudah keluar dan Ustaz Nasha terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut. Terkejut?

Memang terkejut. Ada banyak yang berlaku dibelakang tabir sehingga mengejutkan orang ramai.

Dalam mana-mana pilihanraya…petugas-petugas Pas dikenali sebagai petugas yang paling berdedikasi dan pandai membuat kerja…terutama dalam membuat culaan pengundi. dan petugas-petugas inilah juga yang membuat culaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja tamat waktu mengundi…mereka sudah dapat membuat jangkaan siapa yang menang. Dan pemenangnya ialah Husam Musa..diikuti dengan Ustaz Nasha dan Mat Sabu.

Pada pukul 7.30…pengiraan undi dimulakan dan menjelang jam 9.30 malam…pengiraan tamat, dan keputusan tak rasmi sudah bocor kepada pemimpin dan wartawan.

Dan sekitar jam 9.55 malam…Malaysiakini sudah dapat membuat laporan.
They see Husam garnering about 45 percent of the votes, with Nasharuddin trailing at 35 percent while Mohammad Sabu finishing third with 20 percent.
Keputusan tak rasmi pada malam semalam sudah diketahui bukan sahaja pemimpin Pas malah pemimpin PKR juga sudah mendapat maklumat. Husam mendapat 453 undi (44.1%), Nasha 388 (37.8%) dan Mat Sabu 188 (18.3%).

Mstar juga melaporkan perkara yang sama.

Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.Husam menang dengan perbezaan 65 undi.

(Cuma disini Mstar tersilap menulis jumlah undi yang diperolehi oleh Husam..543 undi..sepatutnya 453 undi. perbezaan undi antara Husam dan Nasha ialah 65.( 388+65=453. Bukan 543) Tetapi mengapa perlu keputusan ditangguhkan sehingga pagi ini?

Dan kalau mengikut laporan Malaysiakini..
Mustafa Ali mengatakan pengiraan undi berlaku sehingga jam 2.30 pagi!!
Apakah Jawatankuasa Pemilihan memerlukan ENAM jam setengah untuk mengira seribu undi?

Ada sesuatu yang tak kena dalam pemilihan Pas kali ini. Apakah taktik Mahathir semasa menentang Tengku Razaleigh sudah diimpot oleh Pas?

Dan apabila keputusan rasmi diumumkan pagi tadi…memang ramai yang terkejut. Macam mana keputusan tak rasmi dan rasmi begitu jauh berbeza?

Keputusan rasmi.. Husam 281 (27.4%), Nasha 480 (46.8%) dan Mat Sabu 261 (25.5%)

Ada apa-apa yang berlaku dalam gelap lagi?

Ha.ha..ada perwakilan ke muktamar SMS kat aku..bezanya sekarang…Pas pakai kopiah/Umno pakai songkok.
-"Perak Express" Blog


Open Split in PAS Over Unity Talks

Read here for more

A serious rift has developed in PAS after spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat told the party No. 2 Nasharuddin Mat Isa to quit and join Umno if he persisted in having unity talks with the Barisan Nasional (BN) party.

In an unprecedented outburst, the Kelantan mentri besar put the blame for the unity talks controversy squarely on the shoulders of the newly-elected party deputy president.

His remarks came just after PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali pledged the party’s commitment to Pakatan Rakyat (PR). Mustafa said this morning that PAS would only have talks to form a unity government if the negotiations included its PR partners, in a statement designed to assuage the growing sense of betrayal being felt by DAP and PKR.

Umno leaders have in recent weeks aggressively pushed the idea of opening talks with PAS, and this has driven a rift between the PR partners and put the federal opposition alliance on the back-foot for the first time since last year’s general election.

Nik Aziz’s outburst today appears to suggest that PAS, long considered the most united and well-organised party in the PR alliance, is now severely split over the issue of talks with Umno.

“The issue of a unity government did not come from PAS but was an idea privately pushed. This matter was never discussed in any paper as part of PAS’s agenda or that of the opposition alliance. If it is true that Nasharuddin agrees with a unity government it is better that he joins Umno, resigns as the deputy and as Bachok MP,” Nik Aziz told reporters in Kota Baru after the Kelantan state executive council meeting today.

The spiritual leader’s comments are likely to send shockwaves throughout the party, and signal his refusal to back down from total commitment to PR.

While Nik Aziz remains a staunch conservative, he has given his backing to the so-called Erdogan faction in PAS which consists of professionals and more progressive leaders who support Datuk Seri Anwar Ibrahim’s position as leader of the opposition and potential prime minister in a PR federal government.

But many of the more prominent Erdogan faction leaders like Husam Musa were defeated in the recent party elections in which conservatives, who stand behind PAS president Datuk Seri Hadi Awang, emerged victorious.

Nasharuddin had been at the forefront of secret talks last year between Umno and PAS soon after the general election.

But those talks did not result in any pact with the BN, and PAS decided instead to commit itself to PR. But Nasharuddin and Hadi have grown weary of Anwar’s prominence and are concerned that PAS may be sidelined in a PR government led by the former deputy prime minister.

Umno has taken full advantage of the turn of events. Yesterday, Umno president Datuk Seri Najib Razak said he could sense that the Islamist party was “sincere” in forming a unity government.

1 comment:

Anonymous said...

tak berani ke minta presiden keluar..