Thursday 1 October 2009

PAS Selangor Commissioner Hassan Ali Champions UMNO's "KETUANAN MELAYU" Policy

Read here for more in "Malaysia Waves" Blog

INILAH PEMIMPAN PAS SELANGOR
YANG MAHU PAS MEMBELA POLISI "KETUANAN MELAYU"
SUPAYA MENGUNTUNGKAN UMNO





Quote:

".... Hassan Ali memberi justifikasi bahawa PAS layak memperjuangkan hak Melayu .

(Tetapi) PAS bukan parti Melayu.PAS adalah parti Islam.

Parti Melayu adalah UMNO dan UMNO sahaja yang menjadikan Melayu sebagai dasar perjuangan parti.

Dalam Perlembagaan PAS, tidak ada sedikit pun ungkapan Melayu yang wujud.


Dimana kita hendak meletakkan YB Khalil Idham Lim dan YB Annuar Tan kerana kedua2 wakil rakyat PAS ini BUKAN Melayu. Mereka adalah berdarah Cina yang tulin.

Dato Hassan Ali tidak sedikit pun kasihan kepada Teo Beng Hock yang mati baru-baru ini.Beliau pernah menyatakan tindakan Teo Beng Hock itu salah kerana mempersoalkan SPRM dan SPRM tidak boleh dipersoalkan kerana SPRM adalah institusi Melayu.

Dato Hassan mempersoalkan SELCAT hanya kerana Pengerusi SELCAT itu seorang Cina, bermaksud Dato Hassan mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat ini MENINDAS MELAYU...."
-"Tulang Besi"



Dato Hassan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor berkenaan dengan isu SELCAT ini,. beliau mempertahankan tindakan beliau mengkritik SELCAT kerana alasannya ialah beliau mempertahankan Melayu.

Beliau menganggap bahawa Jabatan2 kerajaan di Selangor ini adalah badan Melayu dan apabila ianya dipersoalkan oleh jawatankuasa SELCAT ianya adalah seperti hak istimewa Melayu dipersoalkan. .

Malahan, DAtuk Hassan Ali memberi justifikasi lagi bahawa PAS layak memperjuangkan hak MELAYU kerana DAP memperjuangkan hak Cina.

Malahan Dato Hassan Ali tidak sedikit pun kasihan kepada Teo yang mati baru2 ini. Beliau pernah menyatakan tindakan Teo itu salah kerana mempersoalkan SPRM dan SPRM tidak boleh dipersoalkan kerana SPRM adalah institusi Melayu.

PAS Perjuang Melayu, UMNO yang Untung

Yang jelasnya apa sahaja usaha yang Dato Hassan Ali dan fraksi UMNO yang lain lakukan atas nama Melayu, UMNO yang akan mendapat laba dan keuntungan.

Mengapa saya kata begitu?

Kerana PAS BUKAN parti Melayu.
  1. PAS adalah parti Islam.

  2. Parti Melayu adalah UMNO dan UMNO sahaja yang menjadikan Melayu sebagai dasar perjuangan parti.

  3. Dalam Perlembagaan PAS, tidak ada sedikit pun ungkapan Melayu yang wujud.

Misalnya, dengan Dato Hassan mempersoalkan SELCAT hanya kerana Pengerusi SELCAT itu seorang Cina, bermaksud Dato Hassan mengakui bahawa Kerajaan PAkatan Rakyat ini MENINDAS MELAYU.

Siapa yang akan mendapat keuntungan sekiranya orang2 Melayu dalam Selangor berfikiran demikian? Adakah orang-orang Melayu ini akan mengundi PAS dalam pilihanraya yang depan?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Sudah tentu orang Melayu yang telah takut itu akan mengundi UMNO dalam pilihanraya nanti kerana UMNO adalah parti Melayu dan PAS bukan parti Melayu.

Dengan kata lain, perjuangan Dato HasaSn ini hanya akan menguntungkan UMNO semata-mata walaupun Dato Hassan berada dalam Pakatan Rakyat dan PAS. Apa jenis ahli PAS dan pimpinan PAS yang memperjuangkan perkara yang menguntungkan UMNO seperti ini?

Samalah kiranya seperti UMNO mahu mengaku memperjuangkan Negara Islam. Sebelum pilihanraya 2004, Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia adalah negara Islam. Namun, tiada siapa yang mempercayainya sehingga majoriti rakyat bukan islam mengundi UMNO dalam PRU 2004.

Dato Hassan Ali sedang menyediakan PAS Selangor untuk membuat kerja "free" untuk UMNO

Begitulah juga PAS, sekiranya PAS mengaku memperjuangkan Melayu, yang akan mendapat laba adalah UMNO kerana PAS tiada kredibilti memperjuangkan Melayu kerana PAS bukan parti Melayu.

PAS adalah Parti Islam . Kalau PAS Parti MELAYU:
  • Bagaimana PAS boleh ada dua orang wakil rakyat bangsa Cina?
  • Bagaimana Dr Halimah boleh jadi exco dan wakil rakyat PAS kerana beliau berdarah Cina?

  • Bagaimana PAS boleh mencalonkan seorang yang berbangsa India di Johor pada PRU 2008?
Sokong Pegawai2 Kerajaan yang Menzalimi PAS Atas Nama Melayu

Soalnya sekarang, pegawai2 kerajaan yang disoal dalam prosiding SELCAT itu telah dipersoalkan amalan dan tindakan mereka yang korup dan membantu UMNO dalam Pilihanraya umum yang lepas.

Soalnya, adakah Dato Hassan sedar bahawa pegawai2 ini telah membantu amalan korupsi membenarkan wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Lupakah Dato Hassan bahawa mangsa UMNO yang paling besar dalam PRU 2008 adalah PAS? Bukankah PAS itu sendiri Melayu?

Berapa banyakkah kerusi yang dipertandingkan UMNO melawan parti selain dari PAS yang MELAYU?

Dan pegawai2 kerajaan inilah yang telah memudahkan kerja UMNO menjadikan PAS kalah di 12 kerusi DUN dari 20 yang dipertandingkan.

Dan Dato Hassan mempertahankan pegawai2 yang mengkhianati PAS sedangkan PAS juga orang Melayu dan orang Islam.

Sedangkan bangsa Cina, mereka tidak kira siapa, Cina atau India atau Melayu, asalkan mereka korup maka wajib tindakan diambil keatas mereka.

Negara Singapura yang lebih kecil dari Malaysia dapat menjadi lebih maju kerana mereka telah memenjarakan ramai orang berbangsa Cina yang terbukti amalan korupsi mereka.

Ustaz Ibrahim Libya Juga Melayu. Mengapa Mereka Dibunuh?

Dato Hassan mahu mempertahankan amalan korupsi pegawai2 Selangor hanya kerana mereka Melayu? Adakah ini ajaran Islam? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Nabi SAW?

Lupakah Dato Hassan:
a. Yang menghalau Dato Seri Nizar Jamaluddin dari pejabat beliau laksana anjing adalah Dato SS yang juga seorang Melayu. Adakah Dato Seri Nizar tu bukan Melayu?

b. Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam itu, adakah Ustaz Ibrahim Libya bukan melayu? Adakah Dato Hassan tidak mempersoalkan begitu?

c. Lupakah Dato Hassan berapa ramai orang Melayu Islam yang ditangkap secara zalim di bawah ISA?

d. Dimana kita hendak meletakkan YB Khalil Idham Lim dan YB Annuar Tan kerana kedua2 wakil rakyat PAS ini bukan Melayu. Mereka adalah berdarah Cina yang tulin.
Dato Hassan mahu memperjuangkan Melayu, sedangkan UMNO tidak pernah sedikit pun memberi balas kasihan kepada PAS selama ini sedangkan PAS juga Melayu.

Bukankah lebih baik sekiranya PAS ditukar imej dan agenda menjadi PENGGANTI kepada UMNO berbanding dengan menjadi pengikut dan budak suruhan serta budak bantaian UMNO yang selama ini kita adalah itu?

Orang seperti Hassan Ali dan seluruh fraksi UMNO adalah batu penghalang terbesar kearah usaha menjadikan PAS sebagai pengganti UMNO

Melayu Yang Diperjuangkan Dato Hassan Adalah Assabiyyah. Ianya Dikutuk Islam


Apabila Dato Hassan Ali berdegil mahu mempertahankan pegawai2 yang bersubahat dalam korupsi itu, maka Dato menyokong mereka atas dasar kezaliman. Mereka ini telah menzalimi PAS dan parti2 lain sehingga PAS kalah 12 dari 20 kerusi yang dipertandingkan.

Inilah dia definasi Assabiyyah yang dibenci dan dikutuk oleh Nabi SAW. Apabila kita menyokong dan terus menyokong puak kita walaupun puak kita itu zalim.

Dato Hassan mahu membawa aliran yang berlawanan dengan akidah dalam PAS.

Semoga Allah SWT melindungi PAS dari kemusnahan dan kemungkaran ini, adanya.

- "Tulang Besi"

No comments: