Thursday 4 March 2010

UPDATED! Tindakan Katak dan Musang Berbulu Ayam: Mari Kita Mengadu Dalam Doa, Munajat dan Solat Hajat

Read here for more in Penarik Beca blog
BERITA BERKENAAN:

Ahli Parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri
hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, juga keluar parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor percaya jejak langkah ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim keluar PKR, akan diikuti oleh pemimpin lain parti tersebut.Read here for more

Doa Orang Yang diZalimi Terhadap Katak dan Musang Berbulu Ayam

Bila kita undi mana-mana calon dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya lalu, KITA undi DIA kerana KITA mahu perubahan.

Kita TIDAK undi DIA supaya DIA TIPU KITA, tidak kiralah sama ada melompat parti atau melompat pendirian dan prinsip serta pergi berkendak politik dalam gelap dengan Umno.

Harapan kita adalah kepercayaan kita kepada wakil rakyat yang turut kita berikan undi kepadanya.

Harapan kita adalah amanah kita kepada wakil rakyat yang turut kita berikan undi kepadanya.
  1. Kita TIDAK undi DIA supaya dia khianati kepercayaan kita.

  2. Kita TIDAK undi DIA supaya dia pecah amanah terhadap kita.

  3. Kita TIDAK undi DIA supaya dia tutoh kayu balak atau heret kayu balak dengan serban.

  4. Kita TIDAK undi supaya DIA tibai duit tauke walaupun dengan alasan untuk parti.

  5. Kita TIDAK undi dia supaya DIA melakukan apa jua kejahatan terhadap rakyat atau kejahatan sosial.

  6. Kita TIDAK undi DIA supaya dia menzalimi harapan kita.
Lantaran itulah saya sokong saranan supaya kita mengadu ke hadrat Allah Yang Maha Adil.

Kita mengadu dalam doa, munajat, solat hajat atau apa sahaja
.

Kita adukan kepada Allah buruk kelaku puak-puak yang buat kebun atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu, tidak kira yang melompat parti atau melompat pendirian.

Tidak kira katak atau musang berbulu ayam.

Kalau tak boleh buat doa, munajat atau solat hajat secara berjama'ah, kita buat sendiri-sendiri. Nak solat hajat dua raka'at bila pun boleh - tak kiralah sebelum Subh, sebelum atau selepas Zohor, sebelum 'Asr, selepas Maghrib, sebelum atau selepas 'Isya.

Tak buat banyak, satu hari sekali pun cukup. Tak boleh jadi dah. Tak larat dah nak dengar buruk kelaku pengkhianat-pengkhianat kepercayaan rakyat ni.
-"Penarik Beca"

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

18 Rabiulawal 1431H

Solat hajat dan bacaan Yassin akan diadakan khas untuk Ahli Parlimen Bagan Serai (yang khianat kepada PR) pada :

Tarikh :
4hb Mac, 2010 (Khamis malam Jumaat)


Waktu :
Selepas Solat Maghrib


Tempat :
Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi

Gunung Semanggol

Semua dijemput hadir.

RELATED ARTICLE

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam


Read here for more


Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan. Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

1 comment:

Anonymous said...

Resigned because of Allah ?
money ? anger ? 77 virgins !!??