Monday 28 July 2014

PRESIDEN PAS HADI AWANG LANGGAR KEPUTUSAN MESYUARAT PAS DAN PR YANG BELIAU SENDIRI TIDAK HADIR,




http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-mungkin-berpecah-selepas-aidilfitri-kata-pemimpin-pas

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

Pemimpin PAS kata, dengan syarat tidak dinamakan:

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," .

"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu,( ia itu,esyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.)

"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan,.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."

Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.

DR. DZULKEFLY AHMAD

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.

"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.

"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.

"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

SETIAUSAHA AGUNG PKR SAIFUDDIN NASUTION

Semalam, PKR meminta Hadi MENGHORMATI KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.

"KAEDAH DAN PRINSIP INILAH YANG SELAMA INI DIGUNAKAN DALAM MENENTUKAN MENTERI BESAR DI NEGERI PAKATAN LAIN SEPERTI DI PULAU PINANG, KEDAH DAN KELANTAN',Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan."

No comments: